Skip to main content

KOMPLEKS RENANG UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kompleks Renang UTHM telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM .

Upacara perasmian anjuran Pusat Sukan Universiti (PSU) ini turut menerima kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM, Timbalan-timbalan Naib Canselor UTHM dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.

Kompleks Renang UTHM ini mampu menampung kira-kira 300 orang dalam satu-satu masa. Kolam renang ini kini dibuka kepada semua warga universiti dan orang awam.